Hello!
Hi My name is Hasni Natasha Hasan and always dream to be a pilot. Kbye.
Plug In


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Natasha Hasan
Help: ? ? ?
Preparation
Wednesday, July 4, 2012 | 11:13 AM | 0 comments

Assalamualaikum! Hai hari ni nak post pasal aku, Mila and Syaza pergi beli barang-2 for Hari Koperasi. But before that, let me clear this thing first. K aku rasa ramai dah tahu Aspa taken kan? So kalau time diorang jalan sama-2 depan aku, jangan lah 'sabar Hasni' or 'kau faham kan senyuman aku ni? Hee' or macam-2 lagi. In fact time Izati post 'IMY <3' kat wall Aspa jangan lah kau 'aku faham perasaan kau, aku nampak post tu'. Ergh aku okay lah -.- tapi terharu jugak nampak macam korang prihatin kat aku even korang tak rapat dengan aku :> muahaha. But please stop lah -.- aku takut aku betul-2 jealous karang susah. Okay? Cun aku cakap sorang-2 haha. And lagi satu aku tak tahu lah tapi aku takut Izati ingat aku tak suka dia -.- sigh. Yelah, sebab dari dulu memang aku tak tegur dia pun. Tapi KEBETULAN lepas diorang couple asal aku pandang mana-2 mesti terpandang Izati and dia pun aku rasa kebetulan mesti terpandang aku. And aku akan cepat-2 alihkan pandangan aku. Haa faham tak? Aku takut dia ingat aku tak suka dia. Aku memang macam tu. Bila terpandang orang, aku cepat-2 pandang tempat lain. Haha tu je aku nak mengarut lalala~

K back to topic. Kalau nak tahu, taknak tahu pun tak apa hari Jumaat ni sekolah aku buat Hari Koperasi. Tapi ada aku nampak page sekolah aku comment post siapa ntah kata tu bukan Hari Koperasi, tu projek smart money PIDM. Apa-2 je lah yang penting tak belajar. Eh? Hahahha gurau-2. Each class dapat cabutan kena makanan/minuman yang kena jual. Boleh jual benda lain except makanan and minuman ye lah sebab kelas masing-2 dah jual kan? Kelas kitorang kena jual laksa. So class kitorang tambah lah jual pencil case, buat game iPad ke ps2 ntah, timbang bola and banyak lagi tak ingat. Sebab class yang paling banyak untung menang RM500. Kitorang dah habis plan jual semua tu hari Selasa. Kira dah selesai lah kan.

Tiba-2 tadi Cikgu Sapiyatun cakap nak tambah lagi. Buat hadiah yang ada chocolate ke teddy bear ke bangle ke untuk secret admire or cikgu. Time tu cikgu tanya siapa nak jadi ketua. Kebetulan Mila tengah letak tangan dia kat muka. Cikgu ingat Mila volunteer haha. So cikgu suruh lah dia jadi. Aku dengan Syaza nak tolong lah kan yelah kesian dia sorang-2 kan haha.

So pukul lima tu gerak CS. Kitorang beli coklat dulu kat 7E for sample. RM20 total babe -.- fuhh. Then kitorang beli lah manila kad and decoration-2 lain kat CS. Pehh macam-2 jadi hah dalam tu. Kerja gelaaakkk je. Dah beli tu pergi kedai printer pulak. Kitorang type lah untuk poster kitorang nanti tu kan. Free-2 nama kitorang bertiga ada T_______T and kitorang tunggu akak tu print kan. Dia boleh buat dekkk je. Padahal dah pukul enam setengah ni. Last-2 print sendiri :p nasib baik boleh. Cehh budak sebelah lah ajar haha. Time nak bayar? Pehh lagi haram. Dia buat dekk je. Lama tu baru dia amik. Time tu dah lewat dah. Pergi Gemilang Anakku cari reben. Ada memang ada, but Mila nak yang lembut. So aku cari malam nanti lah en. Then beli Slurpee hantar teman Mila sampai Kelompok6 and teman Syaza sampai Kelompok11. Then aku sorang lah kan balik.

Malam tu, Syaza call cakap Mila tertumpahkan air kat poster tu and tulisan dia dah lari -______- terbaiik. Malam ni mom aku balik lambat so tak ada lappy. Hm, tak tahu lah apa diorang nak buat. Aku cari reben kat Mydin and Zemart tak ada macam yang Mila nak tu urgh. FRUST. Aku just beli wrapper kalau-2 sesuai lah kot :/

And esok tengok lah macam mana apa jadi dengan hadiah-2 tu haha

P/s: Time pergi CS tdi jalan belakang Farris :3





Older Post | Newer Post